Skip to main content

EVO 2018 iaitu acara kejohanan e-sukan yang memfokuskan permainan perlawanan bakal berlangsung pada minggu ini iaitu 3 hingga 5 Ogos ini dimana ia akan menyertakan 8 permainan yang akan dipertandingkan seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Kini, pihak pengajur akhirnya berkongsi senarai jadual penuh buat kejohanan tersebut bersama-sama dengan watak strim langsung yang anda boleh tonton melalui laman rasmi Twitch EVO.

Untuk sebarang informasi lanjut termasuklah senarai-senarai masa perlawanan dan juga senarai pengulas yang bakal berada di acara tersebut, anda boleh melayari laman rasminya di sini.

EVO 2018 akan berlangsung pada 3 sehingga 5 Ogos 2018 ini di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Leave a Reply