Informasi Permainan Video Terkini
Soul Calibur VI Akan Turut Disertakan Fungsi Mereka Watak Sendiri
PC

Soul Calibur VI Akan Turut Disertakan Fungsi Mereka Watak Sendiri

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Bermula dengan Soul Calibur III, permainan ini selain mempunyai pelbagai watak yang boleh digunakan pemain juga boleh mereka watak mereka sendiri.

Tampaknya Soul Calibur VI juga akan terus disertakan dengan fungsi ini. Jika anda merasa bosan dengan watak-watak di dalam Soul Calibur seperti Geralt anda bolehlah mereka watak anda sendiri.

Melalui fungsi ini pemain boleh memilih pelbagai pergerakan dan teknik pertempuran dari watak lain untuk digabungkan ke dalam watak rekaan anda selain itu anda boleh menukar penampilan seperti pakaian, rambut dan aksesori lain.

Disebabkan ada Geralt, kami tidak sabar untuk mencipta watak Ciri dalam permainan ini. Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakan. Soul Calibur VI bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 Oktober 2018 ini.


TIPS & ULASAN