Skip to main content

Sebelum ini, Atlus mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sekuel kepada Persona Q: Shadow Of The Labyrinth, dan mana kini mereka akhirnya mengumukan permainantersebut secara rasmi iaitu Persona Q2: New Cinema Labyrinth yang mana menurut Atlus, ia akan dilancarkan buat pasaran Jepun pada 29 November ini.

Berdasarkan video acah yang dipertontonkan, Persona Q2 tampaknya akan menyertakan watak-watak dari siri Persona 3, Persona 4 dan juga Persona 5. Dari segi informasi lain, Atlus menyatakan mereka akan berkongsi trailer terbaru pada hari Isnin ini.

Buat masa ini, Atlus tidak menyatakan sebarang pelancaran buat edisi global. Namun, memandangkan permainan pertamanya telah pun dilancarkan secara global, kami berasa permainan ini masih lagi akan dilancarkan secara global kelak. Seperti biasa, kami akan berkongsinya setelah mendapat sebarang informasi lanjut.

Leave a Reply