Skip to main content

Sempena Persona Super Live P-Sound Bomb, Atlus baru sahaja mengumumkan Persona 3: Dancing Moon Night dan Persona 5:Dancing Star Night untuk Playstation 4 dan juga Playstation Vita. Permainan rentak muzik ini akan dilancarkan di Jepun pada musim bunga 2018 kelak.

Pada masa yang sama juga, Atlus juga memperlihatkan teaser ringkas di laman rasmi Persona Q2, untuk permainan Persona Q2 yang bakal dilancarkan untuk para pemain Nintendo 3DS. Ia merupakan sekuel untuk permainan Persona Q: Shadow of the Labyrinth yang dilancarkan 2014 yang lepas. Imej yang ditayangkan menunjuk permainan tersebut bakal menyertakan watak-watak dan tema dari Persona 5.

Seperti biasa, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai permainan ini apabila ia semakin menghampiri pelancarannya kelak.

Leave a Reply