Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Dragon Ball FighterZ Versi Switch Akan Bermula 10 Ogos Ini

Beta Terbuka Dragon Ball FighterZ Versi Switch Akan Bermula 10 Ogos Ini

Diterbitkan pada Ogos 5, 2018 oleh .

Sebelum ini, Bandai Namco menyatakan bahawa mereka akan mengadakan acara beta terbuka buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ buat konsol Switch. Kini mereka mengumumkan tarikh beta terbuka tersebut dimana ia akan bermula pada 10 Ogos ini.

Melalui beta tersebut, pemain berupaya menggunakan kesemua 23 watak asal yang dilancarkan buat permainan tersebut bersama-sama dengan mod perlawanan baru iaitu dua lawan dua dan satu lawan satu. Bandai Namco juga akan menyertakan mod parti yang meletakkan pemain untuk bertempur seramai enam pemain.

Bagi anda yang ingin mencubanya, beta terbuka tersebut akan berlangsung pada 10 Ogos ini jam 12 tengah hari sehingga 12 Ogos jam 3 petang. Anda juga boleh memuat-turun permainan tersebut sekarang melalui Nintendo eShop.

Dragon Ball FighterZ versi Switch akan dilancarkan 28 September ini dan versi Playstation 4, Xbox One dan PC telahpun dilancarkan pada awal tahun ini dan jika anda berminat untuk membaca ulasan kami, anda boleh berbuat demikian melalui pautan ini.


TIPS & ULASAN