Pemain MOBA Honor of Kings bakal menerima kandungan baharu melalui kolaborasi bersama siri anime Jepun, InuYasha, yang dijadualkan berlangsung dari 27 Jun hingga 26 Julai 2026. Acara ini memperkenalkan siri skin bertemakan watak anime tersebut, spriteling, latar belakang eksklusif, serta pertandingan reka bentuk kreatif untuk komuniti.

Ganjaran utama bagi kolaborasi ini melibatkan skin InuYasha – Sparkmace dan Sesshomaru – Sima Yi. Kedua-dua skin ini boleh didapati melalui acara Lucky Draw atau ditebus menggunakan 498 InuYasha Redeem Coins. Selain skin watak, pemain juga boleh mendapatkan latar belakang khas dengan 428 Redeem Coins dan spriteling Shippo dengan 248 Redeem Coins. Kandungan skin ini juga boleh didapati dan ditukar melalui Consignment Shop.

Untuk menyertai Lucky Draw, pemain memerlukan 50 token atau satu InuYasha Wish Coin bagi setiap cabutan tunggal, manakala cabutan 10-pull berharga 475 token. Satu Wish Coin percuma akan diberikan pada log masuk pertama ke halaman acara. Cabutan pertama setiap hari turut ditawarkan pada potongan harga 50% dengan nilai 25 token. Sistem cabutan ini menggunakan mekanik lencana, di mana setiap empat lencana yang dikumpul akan mengaktifkan cabutan khas (Special Draw) untuk ganjaran rawak. Bagi pemain yang melakukan sebarang jumlah top-up harian antara 27 Jun hingga 3 Julai, satu Collaboration Draw Coin akan diberikan setiap hari untuk digunakan dalam cabutan bertema ini.

Pertandingan Reka Bentuk Fesyen Flowborn 2026

Satu lagi aktiviti yang dianjurkan sepanjang tempoh ini ialah Pertandingan Reka Bentuk Fesyen Flowborn 2026. Acara ini mencabar pemain untuk menghasilkan rekaan pakaian sedondon bagi watak Flowborn lelaki dan wanita.

Fasa penyertaan dibuka dari 27 Jun hingga 12 Julai, diikuti oleh fasa semakan kelayakan dari 13 Julai hingga 19 Julai. Komuniti akan mengundi untuk memilih 30 rekaan terbaik dari 21 Julai hingga 26 Julai, sebelum panel pakar menyaring lima finalis terbaik pada 27 Julai hingga 30 Julai. Undian akhir pemain akan menentukan juara yang bakal diumumkan pada 8 Ogos 2026. Pemenang utama bakal menerima hadiah wang tunai, bingkai avatar, gelaran khas, dan rekaan tersebut akan dihasilkan sebagai pakaian rasmi di dalam permainan.

Leave a Reply