Bagi para pelanggan Playstation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan Ogos 2018 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak lima permainan yang ditawarkan untuk para pengguna.
Bermula 9 Ogos sehingga 5 September 2018 ini, Sony akan menyertakan tema khas Playstation 4 Toro 2018 bertema bunga api buat pengguna Playstation Plus bersama-sama permainan berikut:
- Mafia III (PS4)
- Syberia 3 (PS4)
- Assassin’s Creed Chronicles – Trilogy (PSVita)
- Draw Slasher (PSVita)
- Bound By Flame (PS3)

Selain itu Sony juga mengadakan promosi khas untuk langganan Playstation Plus dengan harga hanya RM28 untuk 3 bulan berbanding harga sebelum ini RM43. Namun tawaran ini hanya untuk pengguna yang belum lagi memiliki langganan Playstation Plus tersebut dan ianya akan tamat pada 8 Ogos ini. Untuk membelinya, anda boleh ke pautan ini.

Selain itu, Sony juga mengadakan sesi multi-pemain percuma buat pengguna yang tidak memiliki Playstation Plus, dimana bermula 3 hingga 5 Ogos ini, pemain yang tidak mempunyai langganan Playstation Plus, mereka berpeluang untuk bermain secara atas-talian tanpa langganan tersebut.
Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 9 Ogos sehingga 5 September. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan Julai, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 8 Ogos ini.
[download] Muat-Turun : Permainan Percuma Playstation Plus Ogos [/download]


