Skip to main content

Permainan solo menjadi topik perbualan yang hangat pada akhir tahun lepas. Ia tercetus apabila EA menutup studio pembangun Visceral yang membangunkan permainan seperti Dead Space pada Oktober lepas. Bersama dengan studio tersebut permainan solo Star Wars yang memfokuskan penceritaan juga dihentikan.

Perbincangan mengenai permainan solo memfokuskan sama ada jenis permainan tersebut masih digemari ramai. Dengan kejayaan God of War, A Way Out dan  pelbagai lagi permainan solo membuktikan yang jenis permainan tersebut masih digemari ramai.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh SuperData Research, 63% pemain menggemari permainan solo disebabkan mereka dapat meningkatkan tahap watak. Dengan kata lain ramai pemain menggemari elemen RPG di dalam permainan solo.

Manakala lebih kurang 50% menggemarinya kerana pertempuran dan juga penceritaan. Menariknya hanya 40% sahaja menggemari permainan solo disebabkan visual. Boleh dirumuskan pemain menggemari permainan solo disebabkan kandungan yang diberikan seperti bentuk permainan dan penceritaan berbanding grafik.

Bagaimana dengan anda? Kenapa anda menggemari permainan solo?

Leave a Reply