Informasi Permainan Video Terkini
Playstation 4 Mencapai Jumlah Pemasaran Sebanyak 82.2 Juta Unit Setakat Ini

Playstation 4 Mencapai Jumlah Pemasaran Sebanyak 82.2 Juta Unit Setakat Ini

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Sebelum ini, Sony berkongsi yang mana mencapai hasil jualan 79 juta unit buat konsol Playstation 4 dan kini, mereka menyatakan bahawa ia kini telahpun dipasarkan sebanyak 82.2 juta unit setakat ini. Ini juga bermakna Playstation 4 kini mencapai jumlah lebih dari Playstation 3 iaitu ianya hanya 80 juta unit sahaja.

Sekaligus ia merupakan peningkatan lebih dari 3 juta unit. Namun, pemasaran ini juga berkurangan berbanding tahun lepas untuk bulan yang sama sebanyak 100,000 unit. Tetapi, ianya adalah bersebabkan jangka hayat Playstation 4 yang semakin meningkat.

Menariknya juga, seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini. Menjelang tahun fiskal 2018, iaitu Mac 2019 ini Sony menjangkakan bahawa mereka akan mencapai 95 juta unit terjual buat konsol tersebut.

Sememangnya jangkaan tersebut adalah kemungkinan yang tinggi, namun memandangkan Playstation 4 kini mencapai fasa jangka hayat terakhir, ianya mungkin juga merupakan pencapaian agak tinggi. Tetapi ianya tidak mustahil, memandangkan konsol terlaris mereka adalah Playstation 2 mencapai 155 juta jumlah jualan dalam masa kurang dari 10 tahun.

Dengan peningkatan jumlah hasil jualan permainan, sememangnya Playstation 4 merupakan konsol yang sangat terkenal buat generasi ini memandangkan mereka sering mengeluarkan pelbagai permainan ekslusif di konsol tersebut. Adakah anda juga salah seorang daripada 82.2 juta pemilik Playstation 4?


TIPS & ULASAN