Informasi Permainan Video Terkini
Playstation 4 Telah Terjual Sebanyak 79 Juta Setakat Ini – Jumlah Permainan Dan Langganan PSPlus Meningkat

Playstation 4 Telah Terjual Sebanyak 79 Juta Setakat Ini – Jumlah Permainan Dan Langganan PSPlus Meningkat

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Sony hari ini telah berkongsi angka jualan terkini syarikat mereka, dan menurut mereka, konsol Playstation 4 kini telah terjual sebanyak 79 juta unit di seluruh dunia. Ini menunjukkan peningkatan hampir 3 juta sejak Februari lepas.

Walaupun begitu, ini kelihatan hasil penjualan perkakasan Playstation 4 tampaknya agak berkurangan memandangkan pada tahun fiskal 2017, Playstation 4 hanya terjual sebanyak 19 juta berbanding tahun fiskal 2016 iaitu sebanyak 20 juta. Menurut Sony, mereka tidak menjangka bahawa hasil jualan konsol akan meningkat pada masa akan datang dan pada fiskal tahun 2018, mereka menyasarkan konsol tersebut akan terjual hanya 16 juta unit sehaja.

Namun begitu, dari segi hasil penjualan permainan, jumlah permainan buat Playstation 4 meningkat buat tahun fiskal 2017 dimana hasil yang telah terjual adalah sebanyak 246.9 juta salinan melebihi 29 juta buat fiskal tahun sebelum ini. Dari segi langgan Playstation Plus juga meningkat sebanyak 7.8 juta berbanding sebelum ini yang mana kini, jumlah pelanggan Playstation Plus adalah 34.2 juta.

Dengan peningkatan jumlah hasil jualan permainan, sememangnya Playstation 4 merupakan konsol yang sangat terkenal buat generasi ini memandangkan mereka sering mengeluarkan pelbagai permainan ekslusif di konsol tersebut. Kami percaya menjelang 2018 ini, hasil jualan Playstation 4 akan melebihi hasil jualan Playstation 3 iaitu 80 juta.


TIPS & ULASAN