McFarlane Toys Mengumumkan Figura Aksi Fortnite Bakal Dilancarkan

Lebih kurang dua minggu lalu, Funko Pop! mengumumkan di mana mereka akan hadir dengan figura edisi Fortnite. Tetapi ia hanya akan tiba pada penghujung tahun ini. Oleh itu, McFarlane Toys mengambil peluang dengan melancarkan figura aksi mereka tersendiri.

Antara sebab mereka ingin hasilkan figura aksi ini adalah kerana populariti permainan pertempuran royale yang tular ini. Untuk itu, mereka tidak ingin melepaskan peluang menghasilkan figura aksi yang peminat boleh beli dan simpan untuk koleksi.

Buat masa ini, hanya watak daripada Cuddle Team Leader sahaja diperlihatkan melalui poster promosi. Menurut sumber, lebih banyak lagi gambar dan poster akan muncul dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan kemunculannya akan datang.

Sohor Kini