Epic Games dan Funko hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan figura dan koleksi terhad khas bertemakan permainan pertempuran royale terkenal, Fortnite.
Menurut Epic Games, terdapat lebih dari 10 barisan produk yang bakal dilancarkan oleh Funko termasuklah figura ikonik Funko Pop! figura 5 Star, Pint Size Heroes, keychain, pakaian dan sebagainya.
Brian Mariotti, ketua pegawai eksekutif Funko menyatakan bahawa mereka tidak sabar dan sangat berbangga dengan kerjasama bersama Epic Games. Mereka juga tidak sabar untuk membawa figura-figura berdasarkan permainan tersebut di pelusuk dunia buat peminat permainan Fortnite.
Menurut mereka, figura koleksi Funko Pop! Fortnite tersebut akan dilancarkan pada musim cuti 2018 iaitu pada penghujung tahun ini antara November sehingga Disember ini.