Pada bulan lepas, Google dilaporkan akan membangunkan konsol permainan mereka tersendiri dengan kod nama “Yeti”. Google nampak lebih serius dalam hal pembangunan konsol ini selepas mengambil pekerja veteran Playstation bagi memastikan kejayaan projek ini.

Richard Mark – iaitu individu yang sudah bekerja di bahagian Playstation selama 19 tahun. Sebelum beliau diambil Google, beliau sedang berkhidmat sebagai PlayStation Magic Lab. Turut menarik adalah, beliau juga salah seorang individu yang telah menjayakan penghasilan pelbagai perkakasan permainan.

Google masih tidak mengumumkan apakah jawatan beliau. Tetapi berkemungkinan besar adalah berkaitan dengan “Yeti”. Kita mungkin akan lihat satu konsol permainan berkualiti dari Google akan datang.

Sohor Kini