Informasi Permainan Video Terkini
DJMAX Respect Kini Ditawarkan Dengan Harga Promosi Sempena Ulang Tahun Pertama Pelancaran

DJMAX Respect Kini Ditawarkan Dengan Harga Promosi Sempena Ulang Tahun Pertama Pelancaran

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

Bagi anda yang berminat dengan permainan rentak muzik, anda pasti pernah mendengar permainan DJ MAX Respect yang mana ia merupakan permainan rentak muzik yang dilancarkan oleh NEOWIZ. Ia merupakan salah satu permainan rentak muzik terbaik oleh kami dan kami sendiri juga telahpun membuat ulasan permainan tersebut tahun lepas.

Kini, bersempena dengan ulang tahun pertama permainan tersebut sejak ia dilancarkan Julai tahun lepas, bermula hari ini sehingga 2 Ogos ini, anda boleh mendapatkan permainan dengan harga promosi sehingga 50% diskaun.

Bagi anda yang berminat, ianya kini dijual dengan harga RM125.40 berbanding harga asalnya RM209. Namun jika anda mempunyai langgan Playstation Plus, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM104.50 sahaja. Selain itu, Sony juga menyertakan promosi buat DLC pernambahan permainan tersebut dengan pelbagai kandungan baru yang anda boleh dapatkan dengan harga yang murah.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan rentak muzik terbaik ini dan jika anda ingin membaca ulasan penuh permainan DJ MAX Respect, anda boleh melayari pautan dibawah.

Ulasan DJ MAX Respect – Permainan Rentak Muzik Dari Korea

Promosi PSN: DJMAX Respect


TIPS & ULASAN