Informasi Permainan Video Terkini
Netflix Mempertontonkan Trailer Rasmi Castlevania Musim Kedua – Bakal Ditayang 26 Oktober Ini

Netflix Mempertontonkan Trailer Rasmi Castlevania Musim Kedua – Bakal Ditayang 26 Oktober Ini

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

Sebelum ini, Netflix mengumumkan bahawa mereka akan melancar animasi Castlevania musim kedua pada 26 Oktober ini. Kini, Netflix akhirnya mempertontonkan trailer rasmi musim kedua buat animasi tersebut.

Siri Netflix Castlevania ini adalah mengenai Count Vlad Dracula Tepes yang ingin membalas dendam atas pembunuhan isteri beliau. Untuk melawan Tepes, Trevor Belmont bekerjasama dengan Sypha Belnades dan Alucard. Ianya adalah berdasarkan permainan Castlevania III: Dracula’s Curse oleh Konami yang dilancarkan pada tahun 1990 di konsol NES.

Bagi anda yang berminat siri pertama siri tersebut dan tidak berpuas hati yang ianya hanya mempunyai 4 episod sahaja pada musim pertama, kini Netflix menjanjikan bahawa musim ini ianya akan mempunyai 8 episod.

Mari kita sama-sama nantikan Castlevania musim kedua pada 26 Oktober ini khas di Netflix.


TIPS & ULASAN