Informasi Permainan Video Terkini
Musim Kedua Siri Netflix Castlevania Akan Tiba Pada 26 Oktober 2018

Musim Kedua Siri Netflix Castlevania Akan Tiba Pada 26 Oktober 2018

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Siri Netflix Castlevania adalah antara adaptasi siri Castlevania oleh Konami yang sangat baik. Untuk siri di dalam bentuk anime ia mengambil permainan Castlevania III – Dracula’s Curse sebagai rujukan penceritaan. Walaupun diterima baik oleh peminat dan juga yang baru sahaja mengikut siri ini, ia terlalu pendek kerna sekadar mempunyai 4 episod dan setiap episod hanya 25 minit.

Walaupun sudah diumumkan lama, bahkan musim ketiga pun sudah memulakan produksi tetapi tiada tarikh yang dinyatakan untuk musim kedua ini akan tiba. Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi Castlevania, mereka mengumumkan musim kedua akan dikeluarkan pada 26 Oktober dan akan mempunyai 8 episod.

Siri Netflix ini adalah mengenai Count Vlad Dracula Tepes yang ingin membalas dendam atas pembunuhan isteri beliau. Untuk melawan Tepes, Trevor Belmont bekerjasama dengan Sypha Belnades dan Alucard.


TIPS & ULASAN