Informasi Permainan Video Terkini
Shadow Of The Tomb Raider Kini Sudah Siap Dibangunkan – Akan Dilancarkan 14 September Ini
PC

Shadow Of The Tomb Raider Kini Sudah Siap Dibangunkan – Akan Dilancarkan 14 September Ini

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

Eidos Montreal hari ini mengumumkan bahawa permainan Shadow Of The Tomb Raider telahpun siap dibangunkan dan kini ianya di dalam proses untuk dipasarkan dimana ia dirancang untuk dilancarkan pada 14 September ini.

Sememangnya ia agak awal memandangkan permainan tersebut akan tiba hampir dua bulan lagi, namun sekurang-kurangnya pembangun permainan tersebut kini boleh memfokus untuk membaiki sebarang pepijat untuk kemaskini hari pertama ataupun membangunkan sebarang kandungan tambahan kelak.

Walaupun begitu, kami ingin mengucapkan tahniah buat Eidos Montreal atas hasil usaha kerja mereka dan pastinya kami di Aksiz juga tidak sabar untuk bermain permainan Shadow Of The Tomb Raider yang mana baru-baru ini mereka memperlihatkan sebahagian daripada hub utama permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, Square-Enix sebelum ini juga berkongsi sebilangan versi permainan yang bakal mereka lancarkan dimana anda boleh melihatnya melalui pautan ini.

Shadow Of The Tomb Raider merupakan permainan ketiga buat siri Tomb Raider yang diolah semula bermula dengan Tomb Raider yang dilancarkan 2013 lepas dan diikuti dengan Rise Of The Tomb Raider pada 2015 lepas. Permainan ketiga Tomb Raider tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 14 September ini.


TIPS & ULASAN