Lanjutan daripada trailer terbaru Shadow Of The Tomb Raider minggu lepas, Square-Enix hari ini akhirnya berkongsi informasi tambahan buat permainan tersebut bersama kandungan pas musim dan juga edisi terhad permainan tersebut.

Shadow Of The Tomb Raider merupakan permainan ketiga buat siri Tomb Raider yang diolah semula bermula dengan permainan Tomb Raider yang dilancarkan 2013 lepas. Kini permainan tersebut dibangunkan oleh Eidos Montreal bersama Crystal Dynamics. Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, Lara Croft kini tampaknya lebih bersedia dengan kemampuan dirinya bersama dengan penglibatan kaum Maya.

Melalui permainan ini, Square-Enix mengumumkan sebilangan edisi permainan tersebut antaranya adalah edisi biasa yang hanya akan menyertakan permainan tersebut sahaja. Manakala edisi lain yang diumumkan adalah:

  • Digital Deluxe Edition – Menyertakan senjata/kostum tambahan bersama muzik latar permainan.
  • Croft Edition – Menyertakan tiga senjata/kostum tambahan,muzik latar permainan bersama pas musim.
  • Ultimate Edition – Kandungan yang sama seperti edisi Croft dan barangan tambahan seperti figura, lampu suluh dan pembuka botol

Dari segi pas musim pula, ia akan menyertakan tujuh cabaran makam tambahan, tujuh senjata dan kostum tambahan. Pas musim tersebut juga akan menyertakan pelbagai misi sampingan bersama tujuh kemahiran yang berbeza buat pemain.

Shadow Of The Tomb Raider akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 14 September ini.

Sohor Kini