Informasi Permainan Video Terkini
THQ Nordic Menandatangani Perjanjian Bersama Avalanche Studios Untuk Menerbitkan Generation Zero
PC

THQ Nordic Menandatangani Perjanjian Bersama Avalanche Studios Untuk Menerbitkan Generation Zero

Diterbitkan pada July 24, 2018 oleh .

Pada bulan Jun lepas Avalanche Studios mengumumkan permainan terbaru mereka iaitu Generation Zero. Permainan ini adalah permainan tembak-menembak melawan robot yang menjajah Sweden. Permainan dunia terbuka ini membolehkan pemain bertempur dengan robot secara berseorangan ataupun koperasi seramai 4 orang secara atas-talian.

Minggu ini, mereka mengumumkan mereka telah menandatangani perjanjian untuk memberikan hak penerbitan permainan Generation Zero kepada THQ Nordic. Ketua pengawal eksekutif Avalanche Studios Pim Holfve mengatakan mereka mempunyai hubungan baik dengan THQ Nordic melalui penerbitan permainan Hunter Call of the Wild. Dengan adanya sokongan THQ, mereka dapat memfokuskan sepenuhnya tumpuan mereka untuk pembangunan permainan ini.

Pengarah penerbitan THQ Nordic Jan Binsmaier teruja untuk menerbitkan permainan tersebut dan pada masa sama mengumumkan pemain boleh mencuba permainan tersebut di Gamescom 2018 yang akan berlangsung bermula 21 Ogos 2018 kelak.

Generation Zero diumumkan sebelum ini akan dikeluarkan pada tahun 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN