Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Realiti-Maya Astro Bot Rescue Mission Bakal Tiba 3 Oktober Ini Di Playstation 4

Permainan Realiti-Maya Astro Bot Rescue Mission Bakal Tiba 3 Oktober Ini Di Playstation 4

Diterbitkan pada July 24, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman permainan realiti-maya Astro Bot Rescue Mission Mei lepas, Sony hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan tersebut yang mana ia bakal tiba pada 3 Oktober ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini merupakan permainan realiti-maya yang meletakkan pemain untuk mengawal Astro Bot, iaitu robot kecil yang berada di dalam alat kawalan Dualshock 4 anda di dalam permainan percuma The Playroom buat Playstation 4 sebelum ini.

Melalui permainan Astro Bot Rescue Mission, pemain akan mengawal Astro, iaitu sebuah robot kapten yang mana beliau perlu menyelamatkan kru-kru lain yang terpisah di lima planet berbeza. Dengan jumlah 26 peringkat bersama pertempuran ketua musuh untuk setiap planet, pemain akan mengembara bersama Astro secara realiti-maya dan juga membantu beliau untuk melepasi sebarang halangan dengan menggunakan pelbagai gajet yang tersedia melalui alat kawalan DualShock 4.

Menurut Sony, permainan tersebut akan dilancarkan secara fizikal dan digital dengan harga $39.99(~RM163) dan buat mereka yang membuat pra-tempahan, Sony akan menyertakan empat avatar khas, tema khas Playstation 4 bersama-sama dengan muzik latar digital.

Namun pra-tempah permainan ini masih lagi belum dilancarkan di pasaran Malaysia. Seperti biasa, kami akan mengemaskininya apabila Sony mengumumkannya kelak.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Astro Bot Rescue Mission bermula Oktober ini khas di Playstation 4.


TIPS & ULASAN