Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mengumumkan Permainan Realiti-Maya Astro Bot Rescue Mission

Sony Mengumumkan Permainan Realiti-Maya Astro Bot Rescue Mission

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Jika anda pernah bermain permainan percuma The Playroom dan The Playroom VR di Playstation 4, anda pasti kenal robot kecil dan comel ini iaitu Astro Bot. Kini, Sony memperkenalkan permainan realiti-maya terbaru berdasarkan robot tersebut iaitu Astro Bot Rescue Mission yang bakal tiba secara khas melalui Playstation VR.

Sememangnya permainan ini dibangunkan oleh pembangun yang sama permainan The Playroom dan The Playroom VR dimana kali ini, mereka membangunkan sebuah permainan aksi platformer dalam bentuk realiti-maya.

Melalui permainan Astro Bot Rescue Mission, pemain akan mengawal Astro, iaitu sebuah robot kapten yang mana beliau perlu menyelamatkan kru-kru lain yang terpisah di lima planet berbeza. Dengan jumlah 26 peringkat bersama pertempuran ketua musuh untuk setiap planet, pemain akan mengembara bersama Astro secara realiti-maya dan juga membantu beliau untuk melepasi sebarang halangan dengan menggunakan pelbagai gajet yang tersedia melalui alat kawalan DualShock 4.

Buat masa ini, Sony masih belum tarikh pelancaran buat permainan tersebut, namun ia sememangnya bakal tiba secara esklusif buat Playstation VR


TIPS & ULASAN