Informasi Permainan Video Terkini
Naruto To Boruto: Shinobi Striker Beta Terbuka Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini

Naruto To Boruto: Shinobi Striker Beta Terbuka Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman beta terbuka buat permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker oleh Bandai Namco sebelum ini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh beta terbuka tersebut dimana ianya bakal berlangsung hujung minggu ini khas buat pemain Playstation 4 dan Xbox One.

Melalui beta terbuka tersebut, pemain berupaya untuk mencuba 3 mod permainan yang tersedia iaitu mod latihan, mod Ninjutsu Arena dan mod pertempuran atas-talian bersama 8 pemain. Bandai Namco juga menyatakan mod Combat Battle dan Base Battle akan tersedia mengikut masa tertentu.

Berikut adalah tarikh dan masa buat beta terbuka tersebut:

  • 20 Julai jam 2 petang hingga 5 petang.
  • 21 Julai jam 4 pagi hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 8 malam.
  • 22 Julai jam 1 pagi hingga 4 pagi, 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang.
  • 27 Julai jam 2 petang hingga 29 Julai jam 2 petang (sesi 48 jam)

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan tersebut, beta terbuka Naruto To Boruto: Shinobi Striker kini sudahpun boleh dimuat-turun secara percuma melalui PSN Store dan Xbox Store.

Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Ia dirancangkan untuk dilancarkan pada 31 Ogos ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, Bandai Namco juga mengumumkan edisi terhad permainan tersebut akan dilancarkan bersama.

PSN Store: Beta Naruto To Boruto: Shinobi Striker

Xbox Store: Beta Naruto To Boruto: Shinobi Striker


TIPS & ULASAN