Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker akan dilancarkan buat pasaran Malaysia pada 31 Ogos ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC (Steam). Selain daripada itu, Bandai Namco juga berkongsi edisi terhad Uzumaki Edition yang mana ia akan menyertakan sebilangan kandungan dan figura khas permainan tersebut.
Melalui trailer diatas, Bandai Namco juga mempertontonkan dua watak yang bakal tiba buat permainan tersebut iai Gaara dan Deidara. Kedua-dua watak tersebut bakal tiba bersama dan mereka akan disertakan dengan pelbagai kemahiran-kemahiran serangan seperti yang terdapat di dalam siri anime Naruto.
Dari segi edisi terhad pula, Uzumaki Edition, Bandai Namco akan menyertakan figura Naruto dan Boruto bersama dengan pas musim yang kana menyertakan 9 DLC pernambahan bersama aksesori Great Sages Of The Mount Myouboku. Bagi yang membuat pra-tempahan, Bandai Namco juga akan menyertakan kostum Hokage Naruto bersama akses awal untuk watak Pain. Harga edisi terhad ini masih belum diumumkan oleh Bandai Namco.
Bulan lepas, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa beta terbuka permainan tersebut juga bakal tiba pada penghujung Julai ini, namun tarikhnya masih belum diumumkan oleh mereka.
Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Pemain juga berpeluang untuk mencipta watak mereka sendiri untuk digunakan di dalam permainan ini.