Informasi Permainan Video Terkini
Naruto to Boruto: Shinobi Striker Beta Terbuka Kedua Diumumkan – Bakal Berlangsung Penghujung Julai Ini

Naruto to Boruto: Shinobi Striker Beta Terbuka Kedua Diumumkan – Bakal Berlangsung Penghujung Julai Ini

Diterbitkan pada Apr 18, 2018 oleh .

Hari ini, Noriaki Niino, penerbit dari Bandai Namco berkongsi sebuah video yang mana mereka mengumumkan beta kedua bagi permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker akan diadakan bermula penghujung Julai ini sehingga Ogos ini.

Buat masa ini, Bandai Namco masih belum berkongsi tarikh beta terbuka tersebut. Seperti biasa, kami akan berkongsi setelah Bandai Namco mengumumkannya kelak.

Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Ia dirancangkan untuk dilancarkan pada tahun ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.