Nintendo hari ini mengemaskini permainan Mario Kart 8 Deluxe yang mana mereka menambah kandungan daripada permainan The Legend Of Zelda: Breath of The Wild iaitu watak Link berkostum Champion’s Tunic bersama kenderaan motosikal Master Cycle Zero.

Melalui kemaskini 1.6 ini, Nintendo menyertakan kostum kedua buat watak Link dimana ketika pemilihan watak tersebut, pemain berupaya untuk memilih kostum asli Link ataupun kostum terbaru, Champion’s Tunic berdasarkan permainan Breath Of The Wild.

Selain itu, Nintendo juga menyertakan kenderaan baru, Master Cycle Zero bersama-sama kelengkapan roda Ancient Tires bersama alat peluncur Paraglider baru. Master Cycle Zero merupakan salah satu kenderaan yang tiba bersama DLC pernambahan Champion’s Ballad tahun lepas buat permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild.

Selain itu, Nintendo juga mengemaskini sebilangan bentuk permainan dan membaiki sedikit sebanyak pepijat permainan untuk meningkatkan lagi kualiti permainan tersebut. Kemaskini ini boleh didapatkan secara percuma melalui kemaskini permainan.

Mario Kart 8 Deluxe merupakan permainan perlumbaan kart yang dilancarkan di Nintendo Switch oleh Nintendo. Ia asalnya merupakan permainan di konsol Nintendo Wii U dan mendapat pernambah-baikkan semula dengan sebilangan kemaskini pernaik-tarafan oleh Nintendo. Ia kini telahpun dilancarkan secara rasmi pada tahun lepas.

Sohor Kini