Bagi anda yang berminat untuk mencuba sistem operasi 6.00 buat konsol Playstation 4 lebih awal daripada rakan-rakan anda yang lain, Sony kini membuka pendaftaran untuk beta sistem operasi tersebut.

Melaluinya, pemain berupaya untuk mendapat dan mencuba kemaskini sistem operasi lebih awal. Namun, ianya juga adalah berisiko untuk pengguna kerana sistem operasi yang masih berada di dalam keadaan beta tidak mempunyai jaminan untuk ianya berfungsi dengan baik.

Walaupun begitu, bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan ini dan hanya meninggalkan PSN ID anda, bersama menjawab beberapa soalan oleh Sony. Selepas itu anda hanya perlu menunggu jemputan Sony melalui emel yang akan mereka sampaikan. Menariknya, buat mereka yang layak, Sony akan menyertakan avatar khas buat pengguna.

Sony juga menyatakan bahawa pendaftaran tersebut adalah haya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan melanggan Playstation Plus. Pendaftaran tersebut akan ditutup pada 27 Julai ini.

Dari segi akaun rantau pula, kami di Aksiz berupaya untuk mendaftar walaupun menggunakan akaun rantau Malaysia. Namun, jika terdapat sebarang informasi tambahan, kami akan berkongsinya kelak.

Daftar: Beta Sistem Operasi 6.00 Playstation 4

Sohor Kini