Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan realiti-maya Summer Lesson: Allison & Chisato buat pasaran Malaysia dan kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 23 Ogos ini.
Summer Lesson merupakan siri permainan realiti-maya yang mana pemain berpeluang untuk menjadi guru sambilan bagi gadis-gadis tersebut dan mengajar mereka sebilangan mata pelajaran di sekolah. Menariknya ia merupakan permainan interaksi sosial yang memberi kesan dengan setiap pilihan yang dilakukan oleh pemain. Ia merupakan permainan esklusif di Playstation VR.
Bagi anda yang berminat, ianya kini boleh dipra-tempah melalui Playstation Store dengan harga RM329 untuk versi digital. Bagi versi fizikal pula, Bandai Namco masih belum mengumumkan sebarang informasi tambahan.
Namun, mereka mungkin akan melancarkan berkas bersama dengan Hikari Miyamoto seperti di pasaran Jepun beberapa bulan lepas buat versi fizikal.
[info] PSN Store: Summer Lesson: Allison & Chisato [/info]