Informasi Permainan Video Terkini
Summer Lesson: Allison Snow Dan Chisato Shinjo Akan Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Tahun Ini

Summer Lesson: Allison Snow Dan Chisato Shinjo Akan Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 27, 2018 oleh .

Summer Lesson merupakan permainan realiti-maya yang mana sebelum ini, Summer Lesson: Hikari Miyamoto dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan sarikata bahasa Inggeris. Namun tahun lepas, Bandai Namco melancarkan dua lagi versi gadis iaitu Allison Snow dan Chisato Shinjo dan ia tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Kini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan bahawa Summer Lesson: Allison Snow dan Chisato Shinjo akan dilancarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia dan seluruh Asia Tenggara dengan sarikata bahasa Inggeris pada tahun ini.

Menurut Tamaoki, penerbit dan pengarah permainan tersebut, mereka akan melancarkan kedua-dua Summer Lesson tersebut pada tahun ini buat pasaran Asia Tenggara. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sokongan peminat sepanjang ini dan menyatakan pelancaran tersebut dijayakan disebabkan sokongan peminat daripada seluruh Asia Tenggara.

Namun begitu, beliau tidak lagi berkongsi sebarang tarikh pelancaran, kandungan permainan mahupun informasi berkenaan berkas permainan Summer Lesson: Hikari, Allison and Chisato 3 in 1 Basic Game Pack yang diumumkan awal bulan ini.

Summer Lesson merupakan siri permainan realiti-maya yang mana pemain berpeluang untuk menjadi guru sambilan bagi gadis-gadis tersebut dan mengajar mereka sebilangan mata pelajaran di sekolah. Menariknya ia merupakan permainan interaksi sosial yang memberi kesan dengan setiap pilihan yang dilakukan oleh pemain. Ia merupakan permainan esklusif di Playstation VR.