Skip to main content

Bandai Namco hari ini mengumumkan berkas permainan Summer Lesson: Hikari, Allison and Chisato 3 in 1 Basic Game Pack yang mana ia akan menyertakan ketiga-tiga watak gadis yang terdapat di dalam siri permainan tersebut. Menurut Bandai Namco, ia dirancang untuk dilancarkan pada 22 Februari ini secara esklusif di Playstation VR melalui pasaran Jepun.

Walaubagaimana pun, menurut Bandai Namco juga, permainan tersebut tidak akan menyertakan segala kandungan tambahan DLC yang diumumkan sebelum ini dan ia hanyalah akan menyertakan tiga permainan teras yang dilancarkan oleh mereka sahaja. Menurut laporan Famitsu juga, permainan tersebut kini sedang dibangunkan dan berada di dalam proses pembangunan 70%.

Summer Lesson merupakan siri permainan realiti-maya yang mana pemain berpeluang untuk menjadi guru sambilan bagi gadis-gadis tersebut dan mengajar mereka sebilangan mata pelajaran di sekolah. Menariknya ia merupakan permainan interaksi sosial yang memberi kesan dengan setiap pilihan yang dilakukan oleh pemain.

Ketika artikel ini ditulis, Bandai Namco masih belum mengumumkan sebarang pelancaran permainan tersebut buat edisi global. Namun dengan pelancaran Summer Lesson: Hikari Miyamoto pada awal 2017 bersama edisi sari kata inggeris, kami percaya Bandai Namco akan melancarkannya kelak pada masa akan datang.

Leave a Reply