Sebelum ini, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi terhad buat permainan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age dan Square-Enix berkongsi bahawa edisi biasa permainan tersebut berharga mula dari RM199 untuk edisi digital dan RM209 untuk edisi fizikal. Kini, mereka akhirnya berkongsi harga rasmi buat edisi terhad permainan tersebut buat pasaran Malaysia.
Melalui edisi Edition Of Lost Time, ianya akan dijual dengan harga RM729 yang mana ia akan menyertakan sebilangan kandungan khas terhad. Berikut merupakan kandungan yang akan disertakan:
- Permainan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age.
- Barangan digital permainan Supplicant, Healer , Pep Pop dan Seeds of Skills.
- Companion Compendium – buku karya seni berkulit keras dengan hasil karya konsep asal Akira Toriyama
- Dua cakera muzik orkestra Symphonic Suite.
- Peta Erdrea kain bersaiz 20″x15″.
- Bekas Steelbook permainan.
Selain itu, bagi mereka yang membuat pra-tempahan untuk permainan bagi versi terhad dan juga versi biasa akan mendapat rantai leher dan tema Playstation 4 khas berdasarkan permainan Dragon Quest XI. Bagi versi digital, Square-Enix juga akan menyertakan tema Playstation 4 khas Dragon Quest XI.
Bagi anda yang berminat, permainan ini kini boleh dipra-tempah dimana-mana pengedar rasmi Playstation dan juga versi digital melalui Playstation Store.
Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age merupakan permainan JRPG oleh Square-Enix yang mana ia akan dilancarkan pada 4 September ini secara di konsol Playstation 4. Manakala versi PC, ianya bakal tiba pada 5 September ini di Steam.