Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Ball Legends Menjana Pendapatan Sebanyak $40 Juta Dalam Masa Sebulan

Dragon Ball Legends Menjana Pendapatan Sebanyak $40 Juta Dalam Masa Sebulan

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Permua Dragon Ball Legends mula boleh dimuat-turun pada 1 Jun lepas dan kini selepas sebulan permua tersebut dilaporkan oleh Sensor Tower menjana pendapatan sebanyak $40 juta (~RM162 juta).

Jika mengikut negara, Jepun mendahului dengan menyumbang 67% daripada keseluruhan pendapatan diikuti Amerika Syarikat dengan 14%. Manakala untuk platform Android mendahului dengan 54% berbanding iOS 46%.

Dragon Ball Legends merupakan permua pertempuran masa nyata yang memfokuskan bentuk perlawanan secara pemain dan pemain (PvP) dimana melaluinya, pemain berupaya untuk menyerang, menahan dan bergerak mengikut pergerakan jari pemain.

Permua tersebut juga mempunyai mod penceritaan secara solo dimana ia memfokuskan watak Shallot, iaitu watak baru khas yang dihasilkan buat permua tersebut oleh pereka Dragon Ball, Akira Toriyama.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permua tersebut, anda boleh muat-turunnya sekarang melalui pautan dibawah.

iOS : Dragon Ball Legends

Android : Dragon Ball Legends


TIPS & ULASAN