Skip to main content

Mac lepas, Bandai Namco mengumumkan permua Dragon Ball Legends yang mana ia merupakan permua  pertempuran yang berasaskan kad. Kini permua tersebut telahpun boleh dimuat-turun buat pengguna iOS dan juga Android secara percuma.

Dragon Ball Legends merupakan permua pertempuran masa nyata yang memfokuskan bentuk perlawanan secara pemain dan pemain (PvP) dimana melaluinya, pemain berupaya untuk menyerang, menahan dan bergerak mengikut pergerakkan jari pemain.

Permua tersebut juga mempunyai mod penceritaan secara solo dimana ia memfokuskan watak Shallot, iaitu watak baru khas yang dihasilkan buat permua tersebut oleh pereka Dragon Ball, Akira Toriyama.\

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permua tersebut, anda boleh muat-turunnya sekarang melalui pautan dibawah.

[download] iOS : Dragon Ball Legends [/download] [download] Android : Dragon Ball Legends [/download]

Leave a Reply