Informasi Permainan Video Terkini
The Culling 2 Dihentikan – The Culling Akan Dibangunkan Semula Menjadi Permainan Percuma
PC

The Culling 2 Dihentikan – The Culling Akan Dibangunkan Semula Menjadi Permainan Percuma

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Semalam kami melaporkan yang sepanjang 24 jam lepas, The Culling 2 hanya mempunyai 2 pemain sahaja disebabkan sambutan yang hambar ini, studio pembangun Xaviant mengatakan mereka akan berbincang kembali untuk mencari arah bagi studio mereka dan akan mengumumkan sesuatu kemudian.

Hari ini mereka mengumumkan The Culling 2 akan diberhentikan dan sedang berbincang dengan Microsoft, Valve dan Sony untuk membuang permainan ini dari kedai mereka dan membayar balik kepada semua pemain yang membeli.

Segala pembangunan untuk The Culling 2 juga akan diberhentikan serta merta sebaliknya mereka akan memfokuskan untuk membangunkan kembali The Culling yang pembangunan diberhentikan pada akhir tahun lepas.

Menurut mereka, The Culling akan dibangunkan semula dan akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan. Pemain boleh mencuba bermula minggu ini. Tambah mereka kebanyakan kritikan yang diterima mengenai The Culling 2 adalah permainan tersebut tidak seperti The Culling sebaliknya lebih meniru PUBG.

Kami ingin mengucapkan selamat berjaya untuk Xaviant melalui arah baru ini moga ia lebih berjaya.


TIPS & ULASAN