The Culling dikeluarkan pada Oktober tahun lepas dan merupakan antara terawal yang terlibat dalam permainan pertempuran royale. Pada bulan Disember sokongan untuk The Culling dihentikan untuk memfokuskan kepada permainan baharu.
Pada 10 Julai lepas mereka menerbitkan The Culling 2 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC, akan tetapi terus mendapat pelbagai kritikan kerana kualiti yang sangat teruk. Berdasarkan rekod di Steamcharts semenjak dikeluarkan permainan ini hanya mencatat 249 pemain serentak dan sepanjang 24 jam yang lepas hanya 2 pemain yang bermain di PC.
It’s time for us here at Xaviant to come together for some much needed soul searching and to have some admittedly difficult discussions about the future of our studio.
We’ll talk soon.
— Xaviant (@Xaviant) July 12, 2018
Sambutan yang hambar ini menyebabkan studio pembangun permainan ini iaitu Xaviant mengatakan mereka akan berbincang kembali untuk mencari arah bagi studio mereka dan akan mengumumkan sesuatu kemudian.
Ia adalah sesuatu yang mengecewakan apabila permainan yang satu studio bekerja keras keluarkan tidak mendapat sambutan akan tetapi tidak dapat dielakkan jika permainan itu sendiri mempunyai kualiti yang tidak memuaskan.