Sebelum ini, Two Point Studio mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan simulasi hospital iaitu Two Point Hospital dan kini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 30 Ogos ini.
It's official! Two Point Hospital launches on 30th August 2018! We couldn't keep you waiting any longer!
🏥🤩👩⚕️
Read more here: https://t.co/mtIznwUck3
Pre-order now for 10% off!: https://t.co/dwQopxYsH2#TwoPointHospital #TwoPointCounty pic.twitter.com/lDlVO1ubma
— Two Point Museum | Wishlist now 🦕✨ (@TwoPointStudios) July 18, 2018
Two Point Hospital merupakan permainan simulasi hospital yang mengambil inspirasi daripada Theme Hospital iaitu permainan simulasi hospital yang dilancarkan lebih dari 10 tahun lepas dan merupakan antara permainan simulasi hospital kegemaran ramai.
Melaluinya, pemain perlu mengendali hospital sendiri dengan membina bilik rawatan, mengawal keadaan pesakit, mengendali doktor dan sebagainya. Pemain juga perlu memastikan keuntungan untuk memastikan keadaan stabil buat hospital tersebut.
Buat masa ini, permainan ini akan hanya tiba di PC dimana anda boleh membuat pra-tempahan melalui Steam dengan harga RM90 berbanding harga asalnya RM100 sempena tawaran diskaun pra-tempah. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Steam permainan tersebut dibawah.
[info] Steam: Two Point Hospital [/info]