Informasi Permainan Video Terkini
Two Point Hospital Permainan Simulasi Hospital Diumumkan – Dibangunkan Oleh Bekas Pembangun Theme Hospital
PC

Two Point Hospital Permainan Simulasi Hospital Diumumkan – Dibangunkan Oleh Bekas Pembangun Theme Hospital

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Sega Europe Ltd. dan Two Point Studio mengumumkan yang Two Point Hospital iaitu permainan simulasi hospital akan dikeluarkan di Steam pada akhir tahun ini.

Two Point Hospital mengambil inspirasi dari Theme Hospital iaitu permainan simulasi hospital yang dikeluarkan pada tahun 1997 dan merupakan antara permainan simulasi hospital kegemaran ramai.

Two Point Studio merupakan studio yang terdiri daripada bekas-bekas pembangun untuk Bullfrog, Lionhead dan Mucky Foot yang mengeluarkan permainan seperti Theme Hospital, Black and White, Theme Park dan Fable.

Theme Hospital adalah permainan kami banyak habiskan masa suatu masa dahulu, dan tidak sabar untuk mencuba Two Point Hospital.  Video pengumuman boleh ditonton dibawah.


TIPS & ULASAN