Middle-Earth: Shadow of War Kini Bebas Mikro-Transaksi

Pada April lepas kami melaporkan yang Warner Bros ingin membuang kesemua mikro-transaksi yang terdapat di dalam permainan Middle-Earth: Shadow of War dan pemain yang masih memiliki Gold perlu menggunakannya sebelum 18 Julai.

Hari ini permainan tersebut kini bebas sepenuhnya mikro-transaksi. Jika pemain masih memiliki Gold, setiap 50 Gold akan ditukar secara serta merta kepada 1 Good Loot Chest yang mengandungi barangan di dalam permainan secara rambang.

Sebelum ini mereka mengatakan keputusan ini dibuat untuk memastikan pemain dapat mengalami permainan ini secara sepenuhnya. Tambah mereka permainan yang memilih untuk membeli Gold kemungkinan besar terlepas banyak penceritaan.

Kami berharap ini merupakan satu pengajaran untuk Warner Bros dan juga penerbit permainan lain agar memastikan apa-apa pun sistem yang disertakan di dalam permainan ia seharusnya tidak mengganggu pengalaman permainan itu sendiri. Kami juga berpendapat sistem kotak tikam itu sendiri tidak baik untuk pemain.

Sohor Kini