Pada 29 Jun lepas, Blizzard mengumumkan watak baharu Wrecking Ball iaitu robot yang dipandu oleh seekor hamster bernama Hammond. Hari yang sama beliau boleh digunakan di dalam pelayan percubaan Overwatch.

Minggu ini, Blizzard mengumumkan Hammond akan mula boleh digunakan oleh semua bermula minggu hadapan iaitu 24 Julai 2018. Semasa sesi percubaan ramai pemain menemui pelbagai perkara menari yang boleh dilakukan oleh watak baharu ini seperti melalui kawasan yang sebelum ini mustahil untuk dilalui.

Wrecking Ball merupakan watak Overwatch jenis Tank yang mempunyai Quad Cannons sebagai senjata utama, Grappling Claws yang boleh disangkut ke mana-mana tempat untuk menarik Wreckling Ball. Wreckling Ball juga boleh menjadi bebola dan boleh bergolek yang meningkatkan kelajuan.

Sebagai Tank, Wrecking Ball juga mempunyai shield akan tetapi menariknya beliau mempunyai Adaptive Shield di mana jika dikelilingi oleh ramai musuh akan lebih banyak shield diperoleh. Ultimate untuk beliau adalah Minefield iaitu beliau akan menghasilkan satu kawasan yang dipenuhi minefield dan akan meletup apabila dilalui oleh musuh.

Sohor Kini