Informasi Permainan Video Terkini
Watak Baru Overwatch Wrecking Ball Diumumkan Secara Rasmi – Robot Dipandu Oleh Seekor Hamster
PC

Watak Baru Overwatch Wrecking Ball Diumumkan Secara Rasmi – Robot Dipandu Oleh Seekor Hamster

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Selepas beberapa kali di acah, akhirnya Blizzard mengumumkan watak terbaru untuk Overwatch adalah Wrecking Ball iaitu robot yang dipandu oleh seekor hamster bernama Hammond.

Seperti Winston, Hammod juga berasal dari Horizon Lunar Colony iaitu makmal yang mengolah genetik haiwan untuk menjadikan mereka lebih bijak. Selepas pemberontakan berlaku di sana, Winston berjaya melarikan diri tetapi tanpa disedari Hammond turut mengikut beliau.

Sebelum mendarat di bumi, escape pod yang digunakan oleh Hammond terpisah dengan Winston dan mendarat di luar Junkertown. Di sana Hammond mengubah suai espace pod beliau untuk menjadi robot dan memandunya sendiri dan dikenali oleh penduduk Junkertown sebagai Wrecking Ball.

Wrecking Ball merupakan watak Overwatch jenis Tank yang mempunyai Quad Cannons sebagai senjata utama, Grappling Claws yang boleh disangkut ke mana-mana tempat untuk menarik Wreckling Ball. Wreckling Ball juga boleh menjadi bebola dan boleh bergolek yang meningkatkan kelajuan.

Sebagai Tank, Wrecking Ball juga mempunyai shield akan tetapi menariknya beliau mempunyai Adaptive Shield di mana jika dikelilingi oleh ramai musuh akan lebih banyak shield diperoleh. Ultimate untuk beliau adalah Minefield iaitu beliau akan menghasilkan satu kawasan yang dipenuhi minefield dan akan meletup apabila dilalui oleh musuh.

Wrecking Ball kini boleh dicuba di pelayan percubaan Overwatch akan tetapi buat masa ini tidak dinyatakan bila Wrecking Ball akan dikeluarkan untuk semua.


TIPS & ULASAN