Lanjutan daripada pengumuman aplikasi pembinaan permainan Pixel Game Maker MV oleh PLAYISM dan Kadokawa, hari ini mereka akhirnya mengumumkan tarikh pengeluaran aplikasi tersebut iaitu pada 24 Julai ini. Namun, ianya hanya bakal tiba secara akses awal dahulu di Steam yang mana tarikh akhir pelancaranya akan diumumkan kemudian.

Pixel Game Maker MV merupakan aplikasi pembinaan permainan seperti aplikasi RPG Maker. Namun, aplikasi ini lebih memfokuskan kepada permainan aksi. Melalui aplikasi ini, pembangun tidak perlu memiliki sebarang kemahiran pengaturcara dimana segala tetapan pembinaan permainan tersebut boleh dibangunkan melalui aplikasi tersebut. Pixel Game Maker MV juga akan menyertakan pelbagai asset visual grafik yang pemain boleh gunakan untuk menghasilkan permainan video.

Dari segi harga, ianya masih lagi belum tersenarai di Steam, namun menurut laporan Gematsu, ianya akan berharga $84.99(~RM345) untuk versi akses awal. Manakala versi akhir pula akan berharga $99.99(~RM406). Namun, untuk minggu pertama pelancaran versi akses awal, anda boleh dapatkannya dengan hanya $64.99(~RM264).

Untuk informasi lanjut bersama-sama dengan panduan penggunaan aplikasi tersebut, anda boleh melayari laman rasmi Steam Pixel Game Maker MV dibawah.

Steam: Pixel Game Maker MV

Sohor Kini