Informasi Permainan Video Terkini
Pixel Game Maker MV Diumumkan – Aplikasi Pembinaan Permainan Video Beraksi
PC

Pixel Game Maker MV Diumumkan – Aplikasi Pembinaan Permainan Video Beraksi

Diterbitkan pada Mei 10, 2018 oleh .

PLAYISM dan Kadokawa hari ini mengumumkan siri aplikasi pembinaan permainan mereka yang terbaru, iaitu Pixel Game Maker MV akan dilancarkan di PC secara global.

Seperti siri-siri aplikasi oleh RPG Maker sebelum ini, Pixel Game Maker MV juga merupakan aplikasi pembinaan permainan yang mana ia lebih memfokuskan kepada permainan aksi. Melalui aplikasi ini, pembangun tidak perlu memiliki sebarang kemahiran pengaturcara dimana segala tetapan pembinaan permainan tersebut boleh dibangunkan melalui aplikasi tersebut.

Seperti siri RPG Maker sebelum ini, aplikasi ini juga menyediakan pelbagai kandungan dan bahan untuk membina permainan tersendiri termasuklah dari segi rekaan watak, animasi, latar belakang, muzik dan sebagainya.

Menariknya juga, melalui aplikasi, pemain juga berupaya untuk meletakkan sistem fizik di dalam permainan, memandang ia lebih memfokuskan permainan aksi berbanding aplikasi sebelum ini lebih memfokuskan permainan dalam bentuk RPG. Ia juga menyokong bentuk permainan multi-pemain, tambahan video latar dan juga paparan antaramuka yang baru.

Buat masa ini, tarikh pelancaran aplikasi tersebut masih belum diumumkan. Namun ia dikatakan akan dilancarkan secara serentak di global dan Jepun khas buat pengguna PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN