Informasi Permainan Video Terkini
DLC Pernambahan Cursed Sails Buat Sea Of Thieves Bakal Tiba 31 Julai Ini
PC

DLC Pernambahan Cursed Sails Buat Sea Of Thieves Bakal Tiba 31 Julai Ini

Diterbitkan pada July 18, 2018 oleh .

Rare, iaitu pembangun permainan Sea Of Thieves hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat DLC Cursed Sails yang mereka memperacahkan pada E3 2018 lepas, iaitu pada 31 Julai ini.

Dari segi kandungan DLC tersebut, Rare menyatakan bahawa DLC ini akan mengubah keseluruhan permainan Sea Of Thieves dimana kali ini akan terdapat musuh baru yang akan berlayar di laut dan bukan lagi pemain lain. Melaluinya, pemain mungkin akan bertempur dengan sekumpulan lanun rangka bertengkorak yang hidup dan mungkin akan menjatuhkan kapal anda.

Selain itu, Rare juga menyatakan akan terdapat pelbagai jenis ganjaran baru buat permainan ini bersama-sama dengan penceritaan baru yang pasti akan buat pemain akan terus bermain.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian dimana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal. Ianya merupakan permainan esklusif untuk Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN