Informasi Permainan Video Terkini
Dua DLC Sea Of Thieves Diumumkan – Bakal Tiba Secara Berperingkat

Dua DLC Sea Of Thieves Diumumkan – Bakal Tiba Secara Berperingkat

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

20 Mac lepas, Sea Of Thieves dilancarkan secara rasmi di Xbox One dan PC. Kini, melalui acara persidangan Xbox, Microsoft berkongsi dua DLC yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Dua DLC yang diumumkan adalah Cursed Sails yang bakal tiba pada Julai tahun ini. Manakala DLC kedua adalah Forsaken Shores akan dilancarkan pada September.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian dimana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal.


TIPS & ULASAN