Skip to main content

Sebelum ini, Hello Games berkongsi yang mana mereka akan melancarkan kemaskini terbaru buat permainan No Man’s Sky iaitu kemaskini NEXT yang mana ia merupakan kemaskini terbesar yang pernah dilakukan oleh mereka dan kini, Hello Games berkongsi satu video khas yang mempertontonkan sebahagian daripada kemaskini tersebut.

Antara kemaskini terbesar adalah kemampuan untuk bermain secara multi-pemain bersama-sama rakan dan berupaya untuk berjumpa dengan mereka. Dimana sebelum ini, permainan ini tidak mempunyai sebarang fungsi untuk bermain bersama rakan melalui mod multi-pemain atas-talian.

Melalui fungsi multi-pemain yang baru, pemain berupaya untuk berlumba, bertempur musuh dan bertahan hidup bersama-sama rakan melalui atas-talian. Pemain juga berupaya untuk mengendali kapal angkasa besar bersama-sama rakan pemain. Manakala melalui kemaskini terbaru ini, pemain juga dibenarkan untuk mengubah-suai rupa bentuk pemain di dalam permainan tersebut.

Selain itu, Hello Games juga mengemaskini permainan ini dengan pelbagai fungsi baru seperti fungsi keupayaan untuk bermain permainan ini secara bentuk penembak pandang ketiga dan juga peningkatan visual grafik.

No Man’s Sky merupakan permainan pengembaraan penerokaan alam terbuka. Ia telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC pada 2016 lepas dan kini ianya bakal tiba di konsol Xbox One pada 24 Julai ini bersama-sama dengan kemaskini NEXT.

Leave a Reply