Skip to main content

Penerbit permainan Gran Turismo, Kazunori Yamauchi hari ini mengumumkan bahawa permainan Gran Turismo Sport yang dilancarkan tahun lepas kini mencapai lebih dari 5 juta pemain.

Melalui akaun rasmi Twitter Kazunori Yamauchi, beliau mengucapkan terima kasih kepada pemain dengan sokongan yang diberikan. Ini merupakan satu kejayaan yang besar memandangkan sebelum ini mereka juga mengumumkan siri Gran Turismo mencapai hasil jualan sebanyak 80 juta sebelum ini.

Walaupun sebelum ini, permainan tersebut tidak mendapat sambutan yang tinggi dengan pemfokusan permainan dalam bentuk e-sukan dan kompetitif, namun kini dengan pelbagai kemaskini, ianya sememangnya merupakan satu permainan perlumbaan yang sangat menarik.

Gran Turismo Sport adalah permainan perlumbaan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment secara esklusif di Playstation 4 pada tahun lepas. Anda boleh membeli permainan ini mulai sekarang di Playstation Store ataupun mana-mana pengedar rasmi Playstation.

Leave a Reply