Informasi Permainan Video Terkini
Siri Gran Turismo Kini Telah Mencapai Hasil Jualan Melebihi 80.4 Juta Salinan Seluruh Dunia

Siri Gran Turismo Kini Telah Mencapai Hasil Jualan Melebihi 80.4 Juta Salinan Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa siri permainan Gran Turismo kini telah mencapai hasil jualan melebihi 80.4 juta salinan seluruh dunia.

Gran Turismo merupakan siri permainan perlumbaan yang memfokuskan pemanduan simulasi yang mana ia telah pun dilancarkan sejak 20 tahun lepas dengan tujuh permainan di konsol Playstation 1 sehinggalah Playstation 4.

Menurut Kazunori Yamauchi, pencipta siri Gran Turismo dan presiden Polyphony Digital menyatakan bahawa beliau sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti pemain bersama-sama penyokong mereka dari industri automotif. Beliau juga menyatakan bahawa mereka akan terus menghasilkan pelbagai lagi kandungan pada masa akan datang.

Gran Turismo Sport merupakan permainan terbaru buat siri tersebut yang ia dilancarkan pada tahun lepas secara esklusif buat Playstation 4. Polyphony Digital kini juga akan mengadakan kejohanan FIA Gran Turismo Championship 2018 dengan kerjasama Fédération Internationale de l’Automobile seperti yang dikongsikan oleh Kazunori Yamauchi pada PSX Asia 2017 lepas. Namun, sebarang informasi berkenaan kejohanan tersebut termasuklah sesi Online Season akan diumumkan pada masa akan datang.

 


TIPS & ULASAN