Tampaknya kini Playstation sering mengadakan jualan promosi di kedai atas-talian digital mereka dimana bulan lepas, mereka baru sahaja mengadakan jualan promosi Double Discount. Kini, Sony mengadakan pula jualan promosi khas sempena bulan Julai ini dengan pelbagai tawaran permainan video dengan harga yang murah.

Bermula minggu ini sehingga 22 Julai ini, Sony mengadakan jualan promosi bulan Julai dengan pelbagai tawaran permainan video. Menariknya, bagi anda yang mempunyai langganan Playstation Plus, Sony menyertakandiskaun sehingga 80% untuk sebilangan permainan.
Berikut antara permainan yang ditawarkan melalui promosi ini:
- .hack//G.U. Last Recode –
RM239RM131.45 - The Witcher 3: Wild Hunt – Game Of The Year Edition –
RM189RM94.50 - Little Nightmares Complete Edition –
RM139RM62.55 - Need For Speed Payback –
RM219RM131.40 - The Sims 4 –
RM169RM84.50 - inFamous Second Son –
RM99RM49.50 - Journey –
RM55RM16.50 - Burnout Paradise –
RM149RM104.30 - Metal Gear Survive –
RM139RM97.30 - Star Wars Battlefront II –
RM219RM87.60 - Deus Ex: Mankind Divided –
RM219RM120.45
Terdapat pelbagai lagi permainan yang ditawarkan buat konsol Playstation 4 bersama-sama permainan buat konsol Playstation 3 dan juga Playstation Vita.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan sebilangan permainan dengan harga yang murah bermula hari ini sehingga 22 Julai ini dengan melayari laman Playstation Store dibawah.
[info] Promosi Jualan Julai : Playstation Store [/info]


