Pemain PC sekarang sedang berbulan madu dengan jualan promosi musim panas di Steam. Bagi pemilik PlayStation 4 jangan bersedih kerana bermula sekarang sehingga 11 Julai, Playstation Store menganjurkan promosi Double Discount.

Melalui jualan promosi ini setiap permainan akan mempunyai jumlah diskaun yang berbeza untuk pelanggan PS Plus dan bukan. Berikut adalah senarai permainan yang ditawarkan, harga yang diletakkan adalah untuk yang bukan pelanggan PS Plus, bagi pelanggan jumlah diskaun adalah lebih tinggi.
- Diablo III: Eternal Collection –
RM259RM194.25 - NBA 2K18 –
RM266RM178.22 - Battlefield 1 + Titanfall 2 –
RM299RM179.40 - WWE 2K18 –
RM266RM178.22 - Rocket League GOTY –
RM10175.75 - Bioshock The Collection –
RM241161.47


