Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Watak Gran Torino Dan Muscular Buat My Hero One’s Justice

Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Watak Gran Torino Dan Muscular Buat My Hero One’s Justice

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Bandai Namco akan melancarkan permainan My Hero One’s Justice pada 26 Oktober ini yang mana ia merupakan permainan berdasarkan anime terkenal My Hero Academia.

Kini, Bandai Namco mempertontonkan video trailer dua watak yang diumumkan oleh mereka sebelum ini iaitu Gran Torino iaitu mentor kepada All Might dan watak Muscular iaitu penjahat dari League Of Villains.

Melalui trailer watak Gran Torino, tampaknya beliau bakal tiba dengan serangan kepantasannya daripada siri animenya. Gran Torino juga berupaya untuk bergerak dengan laju dan membuat pelbagai serangan kombinasi yang menarik.

Manakala watak Muscular pula serangan beliau kelihatan agak lebih perlahan namun mempunyai kuasa yang sangat kuat. Bagi anda yang menonton siri anime My Hero Academia, anda juga pasti akan tertarik dengan watak ini kerana Bandai Namco juga memaparkan serangan ikonik beliau dari siri anime tersebut.

My Hero One’s Justice dirancang untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN