Sebelum ini, Bandai Namco menyatakan bahawa permainan My Hero One’s Justice akan dilancarkan buat pasaran Malaysia pada Oktober ini dan yang mana kini, Bandai Namco akhirnya berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 26 Oktober 2018 ini.
My Hero One’s Justice merupakan permianan perlawanan yang berdasarkan anime terkenal, iaitu My Hero Academia. Melaluinya, pemain berupaya untuk menggunakan sebilangan watak-watak adiwira dari siri anime tersebut untuk bertempur sesama pemain ataupun bermain mod penceritaan adiwira dan penjahat.
Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa permainan tersebut mempunyai fungsi pengubah-suaian kostum bagi watak-watak adiwira tersedia.
"It's time to show you young heroes how we beat villains back in my day!"
Dash into the spotlight it's Gran Torino! Are you ready to team up with this veteran hero? MY HERO ONE'S JUSTICE arrives ton October 26th! Pre-order your copy today! https://t.co/QncT9W0xB1 pic.twitter.com/rcO4bBwKJM
— Bandai Namco US (@BandaiNamcoUS) July 7, 2018
Selain itu, Bandai Namco juga berkongsi watak Gran Torino juga akan tiba buat permainan tersebut bersama-sama dengan watak Muscular. Menariknya, watak Endeavour juga akan tiba sebagai watak khas pra-tempah permainan.
https://www.youtube.com/watch?v=JFBY29z-qx0
My Hero One’s Justice dirancang untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.